Nuffnang

Friday, December 18, 2015

Juruteknik Maut Disedut Ke Dalam Enjin Pesawat





  (Ubah saiz teks)
MUMBAI: Seorang juruteknik syarikat Penerbangan India (Air India) terbunuh selepas disedut ke dalam enjin sebuah pesawat yang akan berlepas di lapangan terbang Mumbai.
Kemalangan ngeri itu berlaku pada Rabu petang apabila pembantu juruterbang pesawat AI619 tersilap melihat isyarat kakitangan lapangan terbang dan menghidupkan enjin untuk berlepas ke  Hyderabad.
Ketika enjin pesawat dihidupkan, mangsa, Ravi Subramanian berada di hadapan enjin yang kemudian menyedutnya, lapor sebuah akhbar tempatan.
Syarikat penerbangan gergasi Asia itu dalam laman sosial Twitternya menyebut seorang juruteknik terbunuh dalam kejadian yang tidak diingini ketika pesawat AI619 ingin berlepas, namun tidak mendedahkan kejadian yang berlaku.
ADVERTISEMENT
"Kejadian itu dalam siasatan. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa," jelas Air India.
Pengerusi dan Pengarah Urusan Air India, Ashwani Lohani berkata, "kami amat sedih dan kesal dengan kejadian tragis di Lapangan Terbang Chhatrapati Shivaji Mumbai".

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung