Nuffnang

Saturday, January 2, 2016

IMDB Menjual Ekuitinya Dalam Bandar Malaysia






KANG HOO (kanan) dan Naib Presiden Kumpulan CREC, Ma Li (kiri) bersalaman sambil disaksikan Arul pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) semalam memeterai perjanjian jual beli saham dengan melupuskan 60 peratus ekuitinya dalam Bandar Malaysia Sdn. Bhd. (BMSB) pada nilai RM7.41 bilion kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd. (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn. Bhd. (CREC).
Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn. Bhd. (IWH-CREC) itu merupakan hasil usaha sama 60:40 antara kedua-dua syarikat berkenaan.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda berkata, 1MDB akan menerima deposit 10 peratus atau RM741 juta apabila perjanjian tersebut dimeterai dengan urus niaga berkenaan dijangka selesai menjelang akhir Jun 2016.
“Konsortium ini telah menilai keseluruhan tanah Bandar Malaysia berharga RM12.35 bilion, melebihi nilai sasaran dalam pelan rasionalisasi 1MDB yang dianggarkan kira-kira RM11 bilion hingga RM12 bilion,” katanya pada pemeteraian perjanjian tersebut di sini semalam.
Turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang; Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin; Pengarah dan Naib Pengerusi IWH, Tan Sri Lim Kang Hoo dan Pengarah Urusan CREC, Cai Zemin.
Arul berkata, penjualan BMSB dilihat sebagai satu situasi menang-menang bagi kesemua pihak terlibat dengan pemilikan baharu itu kini merangkumi 54 peratus pemilikan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Johor, masing-masing menerusi 1MDB atau Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung