mahu tindakan tegas diambil
1 Januari 2016
SHAH ALAM – Remaja hilang yang kononnya diculik, Nur Amirah Athirah Abdul Majid perlu dikenakan tindakan tegas kerana melakukan dakwaan palsu berhubung kehilangannya.
Pengerusi kumpulan pemerhati jenayah MyWatch, Datuk Seri Sanjeevan R berkata, tindakan yang dilakukan remaja terbabit bukan sahaja menyusahkan ibu bapa tetapi turut menyusahkan pihak polis dan orang awam yang ramai bersimpati mengenai keselamatan dirinya.
“MyWatch mengutuk sekerasnya tindakan remaja 14 tahun, Nur Amirah yang mereka cerita dengan mendakwa dirinya diculik supaya beliau dapat keluar bersama teman lelakinya. “Mywatch menggesa tindakan tegas dikenakan kepada remaja ini di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya. Teman lelaki remaja ini juga harus didakwa kerana bersubahat dalam kes penipuan ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Nur Amirah yang hilang sejak Ahad lepas ditemui selamat bersama teman lelakinya di dalam sebuah kereta di Banting, Selangor oleh pasukan polis jam 8 malam tadi.
Menurut Sanjeevam, pihaknya percaya sekiranya tiada tindakan tegas diambil, kes seperti ini akan berulang pada masa akan datang.
“Ini bukan kes yang pertama kalinya berlaku. Sebelum ini pada hujung tahun 2014, seorang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang turut bertindak mereka cerita kononnya diculik oleh tiga lelaki di hadapan rumah sewanya di Pasir Gudang hanya kerana mahu melepaskan diri setelah gagal menghantar tugasan yang diberi pensyarah.
“Bagaimanapun, MyWatch memuji risikan berkesan pihak polis yang berjaya menjejaki remaja ini dan teman lelakinya. MyWatch turut menghargai rasa simpati dan ambil berat masyarakat dalam kes jenayah ini,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment