Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Sunday, February 14, 2016

Al-Shabaab Dakwa Bertanggungjawab Serangan Bom Pesawat Somalia




  (Ubah saiz teks)
KUMPULAN militan al-Shabaab mendakwa bertanggungjawab terhadap insiden serangan bom dalam pesawat Somalia baru-baru ini, sehingga mengakibatkan badan pesawat itu berlubang.
Menurut al-Jazeera yang memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan dikaitkan al-Qaeda itu, ia mengisytiharkan bahawa serangan itu bertujuan untuk menyasarkan 'pegawai kanan Barat' yang menaiki penerbangan itu.
Ia turut mendakwa serangan tersebut merupakan 'pembalasan bagi jenayah yang dilakukan oleh pasukan tentera salib dan agensi perisikan mereka.'
Serangan itu berlaku apabila bom yang disembunyikan di dalam sebuah komputer riba diletupkan.
Pengebom yang mati itu disedut keluar dari pesawat Somalia dalam penerbangan dari Mogadishu ke Djibouti.
Ketua pegawai eksekutif pesawat Daallo Airlines kemudiannya mengesahkan pengebom itu sepatutnya menaiki pesawat Turkish Airlines.
Letupan itu mengakibatkan badan pesawat berlubang dan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Mogadishu untuk membuat pendaratan cemas.
Suspek utama dipercayai merupakan warga Somalia yang dikenali pasti sebagai Abdullahi Abdisalam Borleh. Mail Online
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung