Nuffnang

Sunday, February 14, 2016

Gambar Suami Pukul Isteri D Tepi Jalan


AYER HITAM - Video seorang lelaki berketayap memukul isterinya di tepi jalan, tersebar di laman sosial pagi ini. 

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku berhampiran dengan Tol Ayer Hitam itu, mangsa dipukul bertubi-tubi oleh suaminya tanpa menyedari perbuatannya itu dirakam oleh orang awam.

Video berdurasi 1 minit 3 saat itu menunjukkan seorang perempuan yang dipercayai anak pasangan terbabit cuba melindungi ibunya daripada terus dipukul oleh lelaki itu. 

Bagaimanapun, lelaki itu gagal mengawal amarahnya terus menerus berlari dari kereta lalu menyepak mangsa. 

Motif kejadian tidak diketahui, namun dipercayai berlaku salah faham di antara pasangan terbabit. - PIXEL MEDIA

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung