SEHINGGA
 Ogos 2006, pokok tertinggi di dunia setinggi 112 meter digelar Stratosphere Giant, terletak di Taman Negeri Humboldt Redwood di California.
Namun, pokok gergasi itu kehilangan statusnya apabila dua ahli alami Chris Atkins dan Michael Taylor, menemui sekumpulan pokok yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada mana-mana pokok yang pernah dilihat sebelum ini di Taman Negara Redwood.
Mereka membuat ukuran awal menggunakan peralatan laser profesional goniometri dan mendapati terdapat tiga pokok yang lebih tinggi daripada Stratosphere Giant.
Pokok paling tinggi diberi nama Hyperion, adalah 3 meter lebih tinggi berbanding Stratosphere Giant, dengan ketinggian 116 meter.
Mengikut usia pokok, Hyperion dipercayai masih muda dan masih membesar. Ia dijangka berusia 600 tahun, iaitu kira-kira 20 tahun dalam umur manusia.
Difahamkan, lokasi sebenar Hyperion tidak pernah didedahkan bertujuan untuk melindungi tumbuhan itu daripada pelancong yang mungkin cuba memanjat atau berniat merosakkannya. - Oddity Centr
a