Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Friday, February 5, 2016

Kisah 38 Yen,,hebat


Minggu lepas, saya pergi ke Pejabat Pos yang mana saya jarang pergi ke tempat itu untuk membeli beberapa sampul surat untuk menghantar pakej ke luar negara. Tetapi saya terlupa untuk mengambil kembali baki duit sebanyak 38 yen. 

Petang itu, saya menerima panggilan telefon dari Pejabat Pos yang menelefon ke rumah dan memaklumkan bahawa mereka masih menyimpan baki duit tadi dan akan menyimpannya buat sementara sehingga saya datang mengambilnya. 

Bagaimana mereka boleh mencari saya? Dari alamat (pengembalian surat jika tidak sampai ke penerima) yang saya tulis pada sampul surat  yang telah dihantar! 

Seminggu kemudian, saya datang ke Pejabat Pos itu untuk mengambil kembali baki wang 38 yen. Seorang kakitangan wanita yang berada di kaunter segera mengembalikan baki wang saya yang mereka simpan dan meminta maaf kerana terpaksa menyusahkan dan menganggu saya di rumah. 

Semuanya kerana 38 yen. 

Saya terharu dan kagum dengan tahap perkhidmatan di Jepun dan dari Pejabat Pos itu juga. - Philip Sugai | THEHYPEMEDIA.COM
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung