Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Sunday, April 3, 2016

Poto Lempang Isteri Dalam Pantang Di Pondok Polis

 




SEGAMAT - Video seorang lelaki menampar isterinya di sebuah pondok polis viral di media sosial, mencetuskan rasa kurang senang netizen. 

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Pondok Polis, Felda Redong.

Video berdurasi 2 minit 50 saat itu dimuat naik oleh Eyka Zulaika, 11 jam yang lalu telah mendapat sebanyak 1,974 shares.

Tindakan seorang anggota POLIS REDONG yang kurang ajar sanggup bertindak kasar terhadap ISTERI yang dalam PANTANG!!! Tolong viralkan supaya diambil tindakan segera!" kata Eyka Zulaika

Tampil seorang lelaki, Apis Je, mendakwa lelaki terbabit adalah rakannya. 

"Saya kenal polis ini. Kejadian pun tak jauh dari rumah saya. Polis ini memang banyak isu, ada masalah mental sikit kot. Cakap sedap mulut, campur mat gian, belasah pati, pernah halakan pistol pada budak-budak, bagi budak-budak pegang pistol dia dan tembok sesuka hati macam di Fun Fair. Orang macam ini, awak nak salahkan isteri dia ke?" katanya yang meminta orang ramai jangan menyalahkan mangsa.

Menurut Vitanourish Elysa, lelaki yang berasal dari Kedah dan baru bertugas selama setahun di pondok polis itu telah ditangkap malam tadi. Kes dipercayai berlaku atas pengaruh dadah. - 
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung