Nuffnang

Thursday, May 12, 2016

Gambar Dan Catatan Kembara Musafir Yang sempoiii : Hari ke 20 KMU Agra - Delhi 207 km

Hari ke 20 KMU
Agra - Delhi
207 km
Alhamdulillah..kami dah sampai Delhi.. Capital city of India.. Dan hari ni dah 20 hari kami bermusafir.
Sebelum kami bertolak.. kami pusing2 bandar Agra @ pergi bazar & seterusnya ke Taj Mahal. Sambil melawat bandar Agra & Taj Mahal.. saya belilah sedikit survenir utk org tersyg di tanah air. Dah tinggal 20 hari Boss....Skrg, pusing kiri muka Aswade.. pusing kanan muka Aswade jgk.. atas bawah pun xde muka lain..Aswade jgk.. Adoiiii...sedih.. hahaha..



Sila LIKE untuk berita sempoiii

Kami minta tolong org local utk dptkan info kt mana boleh dpt view yg boleh posing dgn motor & nampak Taj Mahal... Motor kena ada Boss..Bukti kata PKP 71 dah sampai Taj Mahal..hahaha.. Jgn jeles Boss.
Lepas dah posing dgn motor..baru kami ke tmn taj mahal..byr 200 rupee seorg & lepas pd tu baru msk dlm taj mahal byr 1000 rupee seorg. Kami bertiga saja yg masuk sbb Hj Jihad dah pernah masuk sebelum ni.
Destinasi seterusnya Ke 20







Keempat kembara kita sedang melihat Taj mahal


Keempat kembara kita sedang membelakang Taj mahal


 Dihadapan pintu masuk taj mahal


Dihadapan pintu masuk taj mahal



pelancung yang ramai datang


Pos istimewa dari Bad dan Aswadee



Berjemaah di masjid

Allahu Akbar..punya la panas masa lawat Taj Mahal. Patut la Hj Jihad x mau masuk dah & pilih lepak di Tut Tut @ Bajaj.
Apa yg menarik perhatian saya mengenai Taj Mahal..masjidnya masih aktif solat jemaah 5 waktu & ada solat jumaat setiap minggu.
Utk makluman..Alhamdulillah.. selepas kami re route perjalanan kami, kami dah dpt catch up time kami balik yg terlewat 4 hari di thailand & 1 hari di Myanmar.
Jadi kami skrg relax sikit. Di Agra td pun..kami bergerak utk ke Delhi selepas solat Dzuhur & jamak Asar. Kami set perjalanan pun dlm 200km + saja.
Esok kami ( Saya & Hj Jihad ) bercadang nak servis motor dulu di BMW Motorrad Delhi, Hj Amin & Aswade di kedai motor masing2 di Delhi.Kedai pkl 10 pagi baru buka. Maybe nk lawat Msian Embassy sementara tunggu servis motor. Lepas dah settle servis motor..baru kami nak gerak ke destinasi seterusnya.. Nak bermlm kt mana pun tak decide lg..tp ingat nak cari yg ride dlm 200km ++ jg esok..Lusa baru bergerak ke border India & Pakistan yg jaraknya dlm 400 km ++ dari Delhi ( Jd kalau esok 200km ++ , lusa ke border pun dlm 200 km ++ juga ). Bila dah catch up time ikut jadual perjalanan.. baru lah boleh ride santai sikit.
Selepas settle lawat Taj Mahal di Agra.. baru masuk waktu Dzuhur. Kami tak patah balik utk solat di Masjid Taj Mahal sbb panas sgt. Malas nak masuk Taj mahal balik. Kami cross sungai & solat di Masjid Baval Moghul. Masjidnya kelihatan uzur tp surprisingly, ada aircond. Fuhhh..lega rasanya & syukur sgt sbb selesa solat dlm masjid aircond dlm cuaca yg amat2 panas ni. Apa yg menarik perhatian saya ialah anak2 start mengaji Quran selepas solat Dzuhur di masjid ini.
Settle solat..kalau ikutkan hati..malas nak ride sbb panas & penat dah round Taj Mahal. Tp fikir2 balik...baik gerak hari2 secara santai walaupun dekat. Boleh juga tgok & rasa tidur di pekan atau bandar lain sbb di Agra pun dah settle lawat bandarnya & Taj Mahal
Mr Geet guide kami menggunakan Yamuna Expressway utk elakkan jam. Lebuhrayanya cukup cantik & selesa. Mr Geet jg dah booking di BMW Motorrad Delhi utk motor saya & Hj jihad servis esok. Mr Geet jg cari tpt servis utk motor Hj Amin & Aswade. Thanks Mr Geet for yr help. Expressway Yamuna 3 lane sepanjang jln & disiplin pemandunya terkawal sbb tak byk kenderaan yg lalu express way ni.. 1st time boleh bw laju.. maybe sbb tol mahal kot kenderaan tak byk sbb motor pun kena tol di Expressway ni. Sepanjang jln ada 3 tol. 1st tol 175 rupee..2nd tol 90 rupee .3rd tol 115 rupee utk motor... tp yg lecehnya di setiap tol diambil & kena type no plet kenderaan dlm system depa..so mengakibatkan delay di situ.
Lepas expressway .. bermula lah episode traffic jam. Kami sampai Delhi semasa org dah keluar pejabat. Masa tu pun dah nak gelap. Jd.. letih la kami layan jam. Masa tu nak cari hotel yg selesa saja dlm kepala. Cari punya cari hotel..dpt lah Atrium hotel..hotel yg berdekatan dgn BMW Motorrad Delhi. Mudahlah sikit nak p servis esok. Alhamdulillah.. Hotelnya cukup selesa. Lepas nego.. kami dpt duduk Atrium Suite. Ada 2 bilik, 1 living room utk kami solat jemaah & nak sidai2 baju dlm suite tersebut. Harganya 8000 rupee dgn tax & breakfast. Jatuh seorg 2000 rupee iaitu lebih kurang RM 125 seorg. Boleh sgt2 laa dgn dlm bandaraya Delhi. Kalau kt Kuala Lumpur.. mana nk dpt suite dgn harga ni dgn standard hotel mcm ni. Servisnya pun superb. Urusan courier souvenir balik Msia pun saya buat melalui hotel saja. Tak pyh pening kepala nak cr dlm bandar Delhi esok dgn jam etc utk buat courier & tak pyh la nak usung & bw souvenir p riding sampai Saudi.
Rasanya.. Setakat ini saja kot catatan saya hari ni. Semua dah letih & tidur. Esok kami nak ride santai saja. Breakfast di hotel. Lepas tu servis motor. P embassy kalau sempat. Settle kan apa2 yg patut. Lepas tu baru nak ride ke destinasi seterusnya. Esok baru nak bincang nk ride & tidur kt mana. Doakan kami selamat sampai ke destinasi & segala urusan dipermudahkan olehNya. Aamiin.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung