LONDON, Selasa – Sebagai tanda solidariti kepada mangsa perang di Syria, ratusan bas di ibu kota London mula memasang poster iklan memuji Allah.
Dengan memaparkan poster ‘Subhanallah’ yang bermaksud ‘Maha Suci Allah’, bas-bas berkenaan akan berada di sekitar di London, Birmingham, Manchester, Leicester dan Bradford bermula akhir bulan ini.
Penganjur kempen itu, Islamic Relief dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berharap kempen ini akan memberi makna positif terhadap Islam dan bantuan antarabangsa di samping membantu golongan muda Muslim memfokuskan kerja kemanusiaan.
Pengarah Islamic Relief di United Kingdom, Imran Madden, berkata kempen ini juga boleh dianggap sebagai satu kempen perubahan kerana kami mahu mengubah persekitaran negatif terhadap bantuan antarabangsa dan sekitar masyarakat Islam di negara ini.
“Bantuan antarabangsa membantu mengurangkan beban sebahagian penduduk yang hidup dalam kemiskinan melampau sejak 15 tahun lalu.
“Selain itu, Muslim British merupakan masyarakat yang bermurah hati apabila memberi bantuan kebajikan antarabangsa lebih STG100 juta (RM582.21 juta) ketika Ramadan,” katanya. -Agensi
No comments:
Post a Comment