"PEMBUNUH!". Begitulah luah seorang pelayar laman sosial Facebook selepas ambulans didakwa sampai lewat ke lokasi sebuah kemalangan disebabkan salah guna lorong kecemasan oleh pengguna jalan raya yang lain.
Menurut pelayar berkenaan yang mendakwa berada di lokasi kejadian, selepas lorong tengah dan lorong kanan berdekatan tol Simpang Ampat tertutup akibat kemalangan, orang ramai bertindak menggunakan lorong kecemasan.
"Tinggal satu lorong. Dan bila jadi macam ni, pembunuh-pembunuh ni buat apa yang diorang selalu buat, gunakan lorong kecemasan," kata pelayar tersebut.
Menurutnya, selain menggunakan lorong kecemasan, 'pembunuh-pembunuh' memperlahankan kenderaan berdekatan lokasi kemalangan untuk mengambil gambar.
"Korang nak ambil gambar bukti jenayah korang ke apa?
"Kemalangan berlaku lebih kurang pukul 3.30 petang, dan ambulans pertama yang sampai adalah lebih kurang sejam kemudian! Sejam weh, perjalanan yang biasanya ambil masa tak sampai 15 minit. Ambulans tu ambil penunggang pertama dan tinggal seorang penunggang. Ambulans kedua sampai selepas 2 jam setengah!" jelas beliau.
"Semua disebabkan pembunuh-pembunuh ni yang dengan tanpa segan silu guna lorong kecemasan," tambahnya.
Perkongian pelayar laman sosial tersebut menjadi viral dan disokong lebih berpuluh-puluh ribu pelayar laman lain.
Difahamkan, kedua-dua penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan tersebut meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment