Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Wednesday, June 22, 2016

MISI KEMBARA MUSAFIR 2.ALHAMDULILLAH KAMI BERADA DI DUBAI KEMBALI KMU 2016: DUBAI, UAE

KMU 2016: DUBAI, UAE
Kami sampai di Dubai pada pkl 5.15 pagi. Alhamdullilah kami disambut oleh Tn Shahid Abu Bakar yg kebetulan menghantar wifenya pulang ke Malaysia.
Terima kasih tak terhingga buat beliau yg menumpangkan kami di rumah beliau.
Jam 9, kami terpacak di Embassy Saudi tetapi bulan puasa, embassynya dibuka lewat, jam 10. Aku masuk dan bertemu pegawai kedutaan dan menyerahkan surat. Beliau mencatatkan note pada surat itu.









Muhamad Che Rameli juga dtg berjumpa kami di kedutaan Saudi. Beliau menceritakan pengalaman beliau ber backpacker sehingga dubai. Beliau jga sedang menunggu visa saudi..
Kami di arah ke Wafi Mall tingkat 2 utk memproses visa di Agent VFS. Agak mahal jgk bayaran yg dikenakan, AED 475 Dirham (rm 490). Alhamdullilah selesai kat sini, kami diarah utk mengambil passport di kedutaan saudi pd pkl 2 ptg. Alhamdullilah Visa telah kami perolehi utk 14 hari di Saudi.
Kami ke Pasar Karama bersama Tn Shahid utk membeli brg dapur utk juadah berbuka puasa kami.
Kami semua bantu membantu menyediakan juadah berbuka. Agak lama juga menunggu berbuka, 7.15 mlm Dubai (11.15 mlm Malaysia). Meriam diletupkan utk menandakan masuknya waktu magrib di sini.
"Dan Allahlah sebaik-baik perancang - Al Imran- 54"
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung