SHAH ALAM - Semalam video seekor burung unta yang terlepas di Lebuhraya Persekutuan menjadi viral di media sosial.
Populariti burung unta yang digelar Chickaboo ini bukan hanya habis di situ sebaliknya burung itu dijadikan model pengiklanan berpuluh syarikat.
Antaranya ialah syarikat pengeluar produk Kari Babas.
"Demi kari, Lebuhraya Persekutuan sanggup Chickaboo rentasi. Cepat! jangan lambat. Nanti habis Serbuk Kari BABA’S.
Malah restoran makanan segera Dimino's Pizza turut menggunakan Chickaboo sebagai subjek iklan.
"Patutlah Chickaboo lari cepat sangat, nak balik berbuka kut. 2 Pizza Deals piza sederhana baru RM27 je. Korang nak jugak tak?
Bukan itu sahaja, Pos Malaysia Berhad turut sama berbuat demikian.

"Patutlah kelam kabut dia lari dekat Federal Highway tu. Rupanya dia kejar masa, dia takut kaunter Pejabat Pos nak tutup. Nasib sempat uollss!
Untuk maklumat lanjut mengenai perubahan waktu operasi kaunter di pejabat pos, Pos Line & cawangan Pos Laju sepanjang bulan Ramadan, sila ke Kaunter pejabat pos & Pos Line.
"Kesian sesiapa yang macam si ‪#‎Chickaboo kelam-kabut berlari nak cari tiket bas balik raya. Kan ada cara mudah? Gunalah CatchThatBus, pasti tak mencari lagi! ‪#‎JanganTakBalik ya!." Itu pula promosi yang digunakan syarikat CatchThatBus
Syarikat lain yang turut berbuat demikian ialah Chevrolet, Huawei, CIMB, Nescafe, Firefly, Ezbuy, vivo, Kansai Paint, dan banyak lagi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Siapa punya burung terlepas?]
Burung unta yang menyebabkan kekecohan semalam telah ditangkap tanpa mengalami sebarang luka dan dibawa pulang ke sebuah ladang di Semenyih.
Menurut saksi Dr Rartimalar, burung unta itu pada mulanya melompat keluar dari sebuah trak yang mengangkutnya di Lebuhraya Persekutuan dekat Universiti Malaya.