Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Thursday, June 2, 2016

Perhh..4 bulan Tidur Di Atas Toto..



Kami suami isteri, bukan selepas kahwin saja terus hidup senang. Bayangkanlah saya baru habis study 4 bulan, terus kahwin dengan duit yang ada untuk kenduri sendiri sebab tak nak menyusahkan bakal suami. Kalau asyik mengharapkan duit bakal suami, kejam sangatlah pula. 

Jadi, selepas saja kenduri kahwin, setengah bulan tinggal di rumah di Langkawi. Seminggu di rumah mak mertua. Selepas itu, cari rumah sewa yang paling murah di Selayang. Paling murah ya. Tak kisahlah tak dapat rumah idaman pun. Memang kami masing-masing sedar diri, kami usaha untuk susah senang bersama-sama. 

Awal perkahwinan dulu, kami memang pernah susah. Susah betul dan langsung tak kongsi dengan keluarga. Besar rahmatlah tu keluarga dah support selama ini. Tak mahu lagi menyusahkan mereka. Kami tidur pun di toto (comforter) yang mak mertua bagi pinjam (toto tu sekarang dah jadi harta, haha). 

4 bulan tidur atas toto sahaja. Mana ada katil, tilam pun tak ada. Sudah hampir setahun, barulah beli katil. Orang datang ke rumah, kena duduk bersila. Sofa pun tak ada duit nak beli. Pulun juga cari duit lebih untuk beli peti ais. Kalau tak, lagi membazirlah nak beli barang makan selalu, kan?

Nak merungut itu, tak mahulah. Siapa tak mahu kahwin saja terus senang kan? Tetapi indahkan perkahwinan itu bila kita sama-sama susah, sama-sama senang. Janganlah korang harapkan bila kahwin saja terus senang. Susahlah nak cari suami seperti itu. Ekonomi pada masa ini tidak membantu. Yang membantu itu, adalah kita. Sanggupkan mula hidup dengan dia walaupun dalam keadaan susah. InshaAllah bila sudah senang, korang ingat sangat moment tidur berbulan-bulan di atas toto itu (best okay tidur atas toto). 

Sekarang ini, alhamdulillah sangat. Dah nak masuk tahun ketiga perkahwinan kami, Allah permudahkan macam-macam, Allah bagi macam-macam. Dah tukar rumah, Allah pun dah cukupkan keperluan kami. Kadang-kadang terlebih. Alhamdulillah, tetapi moment kami susah dulu, kami takkan lupa. Itulah yang membuatkan kami sangat erat. Syukur. 

Saling bantu pasangan/bakal pasangan. Jangan bebankan mereka dengan macam-macam kehendak kesenangan kita. InshaAllah bila kita sabar, semuanya mudah. 


Dalam rumah tangga ini, orang perempuan diuji saat susah. Sama ada dia nak stay dengan suami yang tengah susah, sama-sama bersabar, sama-sama usaha untuk senang bersama atau dia akan beralih hati kepada lelaki yang lebih senang. Masa itulah dia akan goyah kalau ada lelaki kaya/lengkap/hidup senang rapat dengan dia. Paling teruk, terus curang, tinggalkan suami dia terus.

Dan lelaki pula diuji di saat dia senang. Sama ada bila dia sudah senang, dia akan terus setia dengan perempuan (isteri) yang selama ini support dia seadanya, menghargai kehadiran isteri yang sanggup susah bersama atau dia pula yang mencari perempuan lain, seronok dengan kesenangan/kemewahan yang dia baru miliki sampai terlupa dah siapa yang selama ini ikat perut untuk rumah tangga. 

Jadilah isteri bila mana ketika susah senang dia bersama. Jadilah suami tak kira susah atau senang, dia sentiasa ada untuk keluarga
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung