Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, June 21, 2016

Syukur,Nasib Baik Ada Abg Polis Tolong ni tolong.Tidak tahu Apa nak Jadi ya,


Malangnya nasib, dalam perjalanan ke tempat kerja, tiba-tiba tayar kereta (depan) pancit di Lebuhraya Persekutuan. Sudahlah jalan tengah sesak, terpaksalah saya memberhentikan kereta di lorong kecemasan. 

Saya cuba menukar sendiri tayar berkenaan dengan menggunakan spanar 4 palang  dan jack kereta. Bukannya kerja mudah untuk perempuan, skru tayar pula dikunci dengan ketat. Saya langsung tak mampu membukannya. Dengan cuacanya yang panas terik, habis badan berpeluh. Kereta yang lalu lalang pula membunyikan hon menyebabkan kepala semakin tertekan. Saya masuk dalam kereta sekejap untuk menyejukan diri. 

Tak lama kemudian, datang seorang pegawai polis trafik lalu bertanyakan apa masalah kereta saya. Setelah dijelaskan, dia tawarkan bantuan untuk menukar tayar kereta saya dengan menggunakan dua alatan itu tadi. Sekali lagi saya diuji apabila tayar spare pula tak cukup angin. 

Kemudian, dia mengiringi saya dengan motosikal besarnya itu ke sebuah stesen minyak yang berhampiran. Tiba di sana, tayar spare pula yang ada masalah. Sekali lagi, dia mengiringi saya ke stesen minyak lain yang ada kedai tayar.

Dia melanggar lampu isyarat mereka dan meminta kenderaan yang lain berhenti, agar kereta saya diberi laluan.

"Walao eh! Awesome!"

Dia bagaikan malaikat yang bersembunyi di sebalik seragamnya itu untuk membantu saya. Tanpa pegawai polis tarfik ini, mungkin saya akan tersadai lama di tepi jalan. 

Saya berharap semua pegawai polis mempunyai sikap yang baik seperti dia yang sudi membantu orang awam yang ditimpa kesusahan.

Saya telupa ambil nombor lencana dia. Tetapi saya takkan lupa bagaimana wajahnya dan segala kebaikannya pada saya. Terima kasih abang polis! 
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung