IPOH - Mengelak tayar yang berada di laluan, dipercayai menjadi punca sebuah bas ekpress hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 194.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) berhampiran Bukit Merah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, berdasarkan keterangan direkodkan, ketika kejadian, terdapat sebiji tayar jatuh di lorong kanan menyebabkan pemandu bas berkenaan hilang kawalan.

“Bas berkenaan cuba mengelak dari melanggar tayar itu menyebabkannya terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Keadaan itu menyebabkan penumpang wanita yang duduk di kerusi depan terpelanting keluar melalui cermin hadapan.

“Pemandu bas yang pengsan di bawa ke Klinik Kesihatan Gunung Semanggol, namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 5.15 petang itu mengorbankan pemandu bas berkenaan serta seorang penumpang wanita dikenali, Ho Mei Lien, 56.

Bas membawa 38 penumpang itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Butterworth, tujuh penumpang yang lain dilaporkan cedera sementara bakinya t