Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Wednesday, July 20, 2016

Perghh !!! Rakyat Malaysia Makan 1.8 Juta Ayam Sehari, Telur 2.8 Juta Biji



- Gambar hiasan
  (Ubah saiz teks)
KEPALA BATAS: Rakyat Malaysia kebanyakannya memilih ayam untuk sumber protein dan memakan sejumlah 1.8 juta ekor ayam dalam sehari, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad Shabery berkata selain ayam, masyarakat negara ini juga memakan telur sebanyak 2.8 juta biji sehari.

Ayam menjadi pilihan rakyat mmandangkan ia merupakan sumber protein yang murah berbanding sumber lain, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Pusat Kecemerlangan Teknologi Padi dan Majlis Graduasi Sekolah Ladang Petani di Kompleks Pertanian Bumbong Lima dekatsini hari ini.

Ahmad Shabery berkata protein yang paling murah adalah ayam biarpun terdapat sumber protein lain seperti ikan.

"Jadi tidak boleh kita kata ayam mahal, tidak boleh, sebab ayam masih yang paling murah, protein yang murah. Dulu orang kata ayam mahal, sekarang ini ayam paling murah, ayam paling penting," katanya.

Beliau berkata dalam tempoh seminggu, pengeluaran ayam di Malaysia adalah sebanyak 13 juta ekor dan hanya 12 juta untuk kegunaan tempatan.

"Baki satu juta dieksport ke Singapura dan negara lain. Secara total pengeluaran ayam di negara ini ialah 110 peratus," kata Ahmad Shabery.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung