Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, July 19, 2016

Perghhh : Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa P.Pinang Dinaiki Air






Kakitangan lapangan terbang sedang membersihkan ruang balai ketibaan yang dinaiki air.
  
GEORGE TOWN: Pelancong dilihat terpaksa mengheret bagasi mereka meredah balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang dinaiki air berikutan air banjir melimpah masuk ke dalam ruang tersebut.
Namun, penerbangan dan pelepasan dari lapangan terbang itu masih diteruskan.
Warga Amerika, Trisha Goulding, 29, berkata agak sukar untuk mengheret bagasinya dalam keadaan balai ketibaan dinaiki air.
"Pesawat kami terpaksa berlegar di udara seketika sebelum mendarat," katanya.
Seorang kakitangan Tourism Malaysia berkata ruang balai ketibaan mula dinaiki air kira-kira pukul 5 petang.
"Paras air kurang daripada 0.3 meter di sini tetapi agak tinggi di kawasan menunggu di luar," katanya ketika ditemui di lokasi.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung