Nuffnang

Monday, July 18, 2016

Seks Ganas: Dua Lelaki Warga Asing Ditahan Bantu Siasatan




KUALA LUMPUR:  Polis menahan reman dua lelaki wargaasing bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang lelaki berusia 47tahun dipercayai terlibat dalam aktiviti seks ganas di Sri Hartamas pada 16 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata kedua-dua lelaki, masing-masing seorang warga Pakistan dan India itu berusia 24 dan 28 tahun direman selama tujuh hari sehingga Sabtu.

"Kedua-dua lelaki itu telah ditahan di Jalan Ipoh pada kira-kira 5 petang Jumaat lepas. Reman mereka akan disambung semula untuk lengkapkan siasatan.

"Sebaik kertas siasatan selesai, kita akan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk pendakwaan," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini, Jumaat.

Mangsa ditemui mati terbaring dengan keadaan mulut dan kaki berikat, manakala alat sulitnya ditutupi kain dipercayai terlibat dalam aktiviti seks di sebuah kondominium di Sri Hartamas.-Bernama

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung