Nuffnang

Thursday, August 11, 2016

Dahsyattt : Video Seks Untuk Jatuhkan Ahli Politik Perkara Biasa - Ahmad Said

  




KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said menjelaskan bahawa tuduhan skandal seks adalah perkara biasa untuk menjatuhkan seseorang ahli politik.

"Ia satu perkara yang biasa. Sebelum ini terdapat banyak tuduhan video seks, malah baru-baru ini  juga timbul viral tuduhan seperti itu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Rakyat kini semakin terdesak dan saya tidak mahu mengulas lebih lanjut," katanya kepada The Star.

Beliau diminta mengulas mengenai video seks yang muncul baru-baru ini melibatkan seorang ahli politik kanan di negeri ini.

Isu tersebut dikatakan telah lama berlaku sejak 2009 dan kini ianya timbu kembali di media sosial untuk memfitnah seorang ahli politik.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung