Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Monday, September 12, 2016

Dahsyattt Bekas Penjual Kuetiau Sumbang Emas Paralimpik Buat Negara




Bekas Penjual Kuetiau Sumbang Emas Paralimpik Buat Negara



Mesej yang disampaikan menerusi nota yang dipegang Ziyad pada perarakan pembukaan Sukan Paralimpik di Rio menyentuh hati pelbagai pihak.
  
KUALA LUMPUR: Bapa mana yang tidak berbangga apabila anaknya yang pernah menjual kuetiau di ibu kota dulu kini menjadi penyumbang emas kepada negara pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil.
Itulah perasaan Zolkefli Othman yang jelas berbangga apabila anaknya Muhammad Ziyad mengotakan janji untuk menghadiahkan pingat emas buat keluarganya dan negara dalam acara lontar peluru yang disertainya.
Lebih manis lagi kilauan emas itu merupakan hadiah sempena ulang tahun kelahiran Zolkefli ke-62 pada 1 September lalu, pada hari beliau menghantar atlet paralimpik itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Rio de Janeiro. 
Muhammad Ziyad, 26, melalui acara F20 (masalah pembelajaran) turut mencipta rekod dunia baharu dengan lontaran sejauh 16.84 meter pada percubaan kelima beliau di temasya sukan berprestij itu pada Sabtu.
"Masa saya hantar Ziyad di KLIA pada 1 September lepas, hari itu adalah hari jadi saya. Dia ada berjanji kepada saya akan membawa hadiah pingat emas. Kami sekeluarga sangat gembira dengan kejayaannya," kata Zolkefli kepada Bernama.
Seorang lagi atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi meraih emas pertama negara dalam acara 100m T36 lelaki (celebral palsy).
Zolkefli berkata, ibu bapa yang mempunyai anak seperti Muhammad Ziyad perlu sentiasa mendekati anak masing-masing kerana mereka mempunyai kelebihan luar biasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata: "Ziyad tidak suka menyusahkan orang.
Beliau sangat berdikari serta pandai memasak. Sebelum dia ke Majlis Sukan Negara, Ziyad berniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman menjual kuetiau.
"Ziyad memang seorang anak yang tidak pernah putus asa dan rajin sejak zaman sekolah lagi. Ziyad memang suka kerja berat. Ketika bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah di Kelantan, dia melakukan kerja bina rumah apabila cuti sekolah."
Beliau berkata Muhammad Ziyad, anak sulung daripada empat beradik, meminati sukan sejak zaman sekolah rendah dan menengah. 
"Saya masih ingat lagi anak saya bermula darjah lima baru tahu membaca.
Ziyad dibantu oleh seorang guru wanita berbangsa India sehingga beliau mendapat nombor tiga dalam kelas ketika itu.
"Ziyad dikelilingi oleh orang yang sangat menyayanginya, kebolehannya ini juga adalah hasil bantuan gurunya berbangsa Cina di Kelantan. Sehingga kini gurunya itu masih mengikuti perkembangannya," katanya. -- Bernama
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung