Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Friday, September 9, 2016

Perghhh : Penerbangan Dragonair Tergendala Selepas Van Rempuh Pesawat







  
HONG KONG: Pemandu sebuah van cedera di kepala selepas kenderaannya merempuh sebuah pesawat Dragonair di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, petang Khamis.

Kemalangan yang jarang-jarang terjadi itu berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika penerbangan KA691 sedang membuat pelepasan ke Pulau Pinang.

Airbus A330 sedang bergerak perlahan menuju ke landasan apabila van itu dipandu di bawah pesawat dan terus menuju ke salah sebuah enjinnya, menurut laporan.

Perkhidmatan van dari China Aircraft Services itu telah tersekat di bawah enjin pesawat, lapor Apple Daily.

Pemandunya, seorang lelaki mengalami kecederaan di kepala dan bahu. Dia dalam keadaan sedar apabila diselamatkan dari kenderaan itu dan dibawa ke Hospital North Lantau, polis memberitahu South China Morning Post.

Dalam rakaman video kemalangan itu, van terbabit dilihat membuat pusingan tajam ke kanan sebelum merempuh pesawat.

Lima jentera bomba dan dua ambulans telah dikerah ke tempat kejadian.

Penumpang telah diminta untuk turun dan penerbangan akhirnya berlepas pada pukul 7.44 malam menurut laman web Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Pelepasan penerbangan lain tidak terjejas teruk, menurut laporan. –The Straits Times/Asia News Network
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung