Nuffnang

Thursday, September 15, 2016

Ride HAJJ 2016 : Warkah Salam Dari Wazi Di Mekah..Setelah Selesai Tamat Pengembaraan Yang Berjaya Dengan Kapcai


Image may contain: 5 people , outdoor

Sempena Aidiladha yang mulia dan bakal kita raikan ini, kita rakyat Malaysia berbangga dan bergembira dengan kejayaan 5 rider tempatan yang telah berjaya melengkapkan kembara Haji Malaysia - Mekah Al-Mukaramah mereka dengan hanya menggunakan kapcai MODENAS GT128.
Bermula di Putra World Trade CentreKuala Lumpur, Malaysia dengan pelepasan rasmi oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak pada 29 Julai lepas, mereka telah merentasi beberapa negara seperti ThailandPakistan - Iran - United Arab Emirates - dan negara destinasi Saudi Arabia.
Kembara mereka yang dianggarkan sejauh 13,500 kilometer itu berakhir dengan selamat apabila mereka tiba di Jeddah, Saudi Arabia pada 7 September lepas. Satu time frame yang dirasakan tepat untuk urusan menunaikan ibadat haji mereka.
Kami pasti kembara RIDE to HAJJ mereka penuh dengan suka-duka serta cabaran yang mencabar jati diri mereka sebagai rider merangkap duta kecil negara kita dan kejayaan mereka mengharungi semua inilah yang patut kita jadikan inspirasi dan motivasi kepada diri kita semua.
Kami di MODENAS dan rakyat Malaysia semua ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Wazi Abdul Hamid, Meor Azhar Meor, Napiah Mat Noor, Othman Darus dan Azman Baharuddin di atas kejayaan ini. Kami amat berbangga dengan pencapaian anda semua. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya segala-galanya lancar dan selamat untuk mereka melengkapkan misi bermotosikal kapcai untuk menunaikan haji mereka ini.

Akhir kata selamat menunaikan Ibadah Haji kepada mereka yang menunaikan Haji tahun ini. Semoga segala ibadah yang dilakukan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala dan menjadi haji yang mabrur. Kita jumpa semula di tanah air kita, Malaysiayang tercinta. Amin.


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung