Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Sunday, September 25, 2016

Tersentuh Kalbu : Mohamad Ridzuan Tak Lupa Hadiah Sepasang Kasut





Mohamad Ridzuan Mohamad
  
KETIKA rakyat Malaysia meraikan kejayaan atlet paralimpik negara, pemenang pingat emas Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi tidak melupakan sepasang kasut yang pernah dihadiahkan oleh seorang pemandu lori di Perlis, Chuah Heng Oon , kepadanya beberapa tahun lalu.

Heng Oon, 57, kini gembira apabila Mohamad Ridzuan menang emas dalam acara pecut 100 meter T36 (cerebral palsy) di Paralimpik Rio 2016, lapor Sin Chew Daily.

Menurut laporan itu, Heng Oon telah membelikan Mohamad Ridzuan sepasang kasut apabila mengetahui bahawa beliau tidak mampu untuk membeli kasut baharu apabila dipilih menjadi atlet negara tujuh tahun lalu.

Semasa di Rio, Mohamad Ridzuan, 29, telah memberitahu media tentang penghargaannya kepada Heng Oon.

Jurulatih pertamanya, Affizam Amdan, 45, seorang pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, pada 18 September lalu telah pergi ke Gunung Medan Utan Aji di Kangar, tempat di mana Mohamad Ridzuan selalu berlatih untuk mengucapkan terima kasih kepada Heng Oon.

Heng Oon yang biasanya akan berjogging di situ, bagaimanapun tidak muncul tetapi Affizam berjaya mendapatkan nombor telefon beliau melalui seorang rakannya.

Ketika ditemui di rumahnya, Heng Oon memberitahu bahawa beliau telah lupa tentang kasut yang pernah dihadiahkannya kepada Mohamad Ridzuan sehinggalah beliau melihat perlawanan tersebut.

"Kemudian saya beritahu isteri saya, tetapi pada mulanya dia tidak percaya," kata Heng Oon.


Heng Oon (kiri) bersama isterinya Lu Mei Qi membaca berita mengenai kemenangan Mohamad Ridzuan.

Mengimbas kembali pertemuan dengan Mohamad Ridzuan, Heng Oon berkata beliau dan rakan-rakannya sering melihat Mohamad Ridzuan bersama atlet lain berlatih.

Mereka akan berbual dengan Mohamad Ridzuan dan kadang-kadang berlari dengannya pada jarak dekat.

"Satu hari, Affizam memberitahu saya bahawa dia sedang mencari seseorang untuk menaja sepasang kasut sukan bernilai kira-kira RM200 kerana Ridzuan tidak mampu membeli kasut baharu selepas kasut lamanya tidak boleh digunakan," imbas  Heng Oon.

Tidak lama selepas itu, Affizam memberitahunya bahawa anak muda muda itu telah dipilih untuk menjadi atlet negara.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung