Nuffnang

Sunday, October 9, 2016

Tahniah Kepada Jutawan Sukan Malaysia.



Abdul Latif, Muhammad Ziyad Penerima Tertinggi Shakam 20


Dari kiri, Muhammad Ziyad Zolkefli, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly. Foto FAIHAN GHANI/The Star
  
KUALA LUMPUR: Pemenang emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli muncul penerima tertinggi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam).
Kedua-dua wira negara itu masing-masing menerima insentif berjumlah RM1.05 juta yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian insentif berkenaan di sini, Sabtu malam.
Selain memenangi pingat emas, Abdul Latif dan Muhammad Ziyad turut  mencipta rekod baharu kejohanan dan rekod dunia dalam acara masing-masing iaitu Lompat Jauh T20 dan Lontar Peluru kategori F20  yang menyaksikan mereka menerima imbuhan tambahan.
Sementara seorang lagi pemenang pingat emas Sukan Paralimpik dalam acara 100m T36, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, yang turut mencipta rekod baharu Sukan Paralimpik, pula menerima insentif berjumlah RM1.02 juta.
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, pemenang pingat perak pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016, menerima RM500,000, manakala beregu lelaki Goh V Shem/Tan Wee Kiong dan beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying, juga pemenang pingat perak, masiong-masing RM350,000.
Penerjun wanita negara, Pandelela Riong dan Cheong Jun Hoong, yang merangkul pingat perak dalam acara 10m platform seirama di Rio, masing-masing turut menerima RM350,000.
Pemenang pingat gangsa acara keirin Sukan Olimpik Rio 2016, Azizulhasni Awang menerima RM300,000 manakala Siti Noor Radiah Ismail yang menyumbang gangsa dalam acara lompat jauh T20 pasda Sukan Paralimpik, turut menerima RM300,000 dengan insentif tambahan daripada Kementerian Belia dan Sukan.
Sementara itu, di bawah Skim Galakan Jurulatih (SGAR), setiap jurulatih yang membantu atlet meraih pingat turut menerima 30 peratus daripada nilai insentif Shakam yang diterima atlet bimbingan masing-masing.
Jumlah peratusan yang diterima itu adalah tambahan 10 peratus pemberian khas yang diumumkan perdana menteri baru-baru ini dan ia adalah pemberian khas untuk temasya kali ini sahaja.
Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2016 diadakan di bandaraya Rio de Janeiro, Brazil. - Bernama

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung