MOSCOW: Sekumpulan pakar bedah di Rusia terpaksa mengalihkan jantung seorang lelaki buat sementara selepas pesakit itu cuba membunuh diri dengan melepaskan dua anak panah ke dadanya sendiri.
Kumpulan pakar terbabit terpaksa berbuat demikian untuk menjahit semula bahagian dalaman lelaki itu yang cedera teruk sebelum memasukkan semula jantung.
Dalam kejadian berkenaan, lelaki berusia 53 tahun yang tidak dinamakan itu, dikejarkan ke hospital di Saint Petersburg dengan dua anak panah masih tertusuk di dadanya.
Dia masih sedar ketika dibawa ke hospital dan mengaku cuba membunuh diri kerana tidak mahu lagi meneruskan hidup.
Malah katanya, dia melepaskan anak panah kedua selepas anak panah pertama gagal membunuhnya.
Kedua-dua anak panah itu sangat panjang sehingga memaksa doktor memotong bahagian hujung panah tersebut untuk proses imbasan x-ray.
Pada awalnya, lelaki itu dibawa ke Hospital GBUZ Elizabethan tetapi kemudiannya dipindahkan ke Pusat Kajian Perubatan Federal Almazov North-West ekoran kelengkapan yang tidak mencukupi.
Doktor menyifatkan keadaan pesakit itu stabil tetapi masih lagi berada dalam keadaan serius.Dia dipercayai melakukan cubaan membunuh diri di rumannya di daerah Primorsky.
No comments:
Post a Comment