Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Wednesday, November 30, 2016

Al Fatihah : Mayat Ditemui Sah Syed Redzuan - Ketua Ekspedisi










Syed Redzuan. Foto hmetro.com.my
  KUALA LUMPUR: Mayat yang ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Gunung Damavand, Iran pada Isnin dikenal pasti sebagai Syed Redzuan Syed Salim Shatri. 
Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said berkata, rakannya Mohd Khafiz Bachok yang terlibat dalam operasi SAR mengesahkan jasad itu ialah Syed Redzuan, 50.
Beliau berkata, mayat itu ditemukan di Yakhar Glacier, dalam keadaan berpakaian jaket merah, seluar hitam serta but mendaki.
Pada masa ini, mayat sedang dibawa keluar dari kawasan berkenaan dan Mohd Khafiz telah secara positif mengesahkan jasad itu ialah Syed Redzuan.
"Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah," katanya kepada pemberita melalui aplikasi WhatsApp.
Rozaimi berkata, operasi SAR akan diteruskan pada Selasa bagi mengesan seorang lagi pendaki iaitu Ramli Abd Majid, 44.
Syed Redzuan dan Ramli disahkan hilang di gunung setinggi 5,610 meter itu pada 20 November lepas setelah mereka terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.
Sementara itu, isteri Syed Redzuan, Yuszahanim Yusoff berkata, beliau sedang berusaha bersama-sama dengan pihak kedutaan Malaysia di Iran untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia secepat mungkin.
Beliau berkata, jasad suaminya telah ditemui di Yakhar Glacier, Gunung Damavand setelah enam hari operasi pencarian.
"Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh," katanya.
Sementara itu, menurut Mizan News, Iran, Kementerian Hal Ehwal Luar mengesahkan bahawa satu mayat dijumpai oleh pasukan SAR ketika mencari dua pendaki Malaysia yang hilang di Gunung Damarvand, Iran.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, mayat akan dibawa turun dari gunung dan kemudian dikenal pasti, sebelum sebarang pengesahan lanjut boleh dibuat.
Kementerian melalui Kedutaan Malaysia di Iran sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk membantu dalam proses mengenal pasti dan akan memberi maklumat terkini dengan sewajarnya, menurut kenyataan itu. 
Dalam pada itu, Rozaimi berkata, operasi untuk mencari Ramli diperluas hingga ke Lembah Yakhar yang mana dua pasukan dilengkapi peralatan teknikal dihantar ke kawasan berkenaan.
"Hari ini, sepasukan enam penyelamat telah dihantar dan kemudian satu pasukan lagi terdiri daripada lima penyelamat akan dihantar ke sana. Kawasan yang menjadi fokus ialah Lembah Yakhar," katanya.
"Kami sentiasa berhubung rapat dengan pasukan penyelamat dan pasukan kedutaan," katanya. - Bernama
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung