Nuffnang

Monday, November 28, 2016

Hukuman Pasangan Kasari Penguatkuasa MBSA Terlampau Ringan -Peguam Negara




Hukuman Pasangan Kasari Penguatkuasa MBSA Terlampau Ringan -Peguam Negara

  
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap hukuman                   mahkamah yang dijatuhkan ke atas suami isteri yang mengasari anggota penguatkuasa              wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ini kerana ia berpandangan  hukuman             ke atas Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun iaitu penjara 14 hari dan denda RM3,000, dan jika gagal membayar denda dipenjara tujuh hari, adalah terlampau ringan berbanding kesalahan yang dilakukan.  

Rayuan terhadap hukuman itu difailkan pada hari sama hukuman dijatuhkan iaitu Jumaat                 lalu, katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

"Walaupun kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah, namun hukuman yang setimpal       hendaklah dikenakan demi memberi pengajaran kepada mereka di samping menjadi teladan     kepada yang lain agar tidak melakukan perbuatan sama," katanya.

Mohamed Apandi menegaskan Jabatan Peguam Negara amat memandang serius perbuatan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan   kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Perbuatan sedemikian, katanya, merupakan kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga             dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Lor, 35, dan Tan, 30, mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap                           Nurul Ain Isa, 23, ketika pegawai itu mengeluarkan saman ke atas sebuah kenderaan                    Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Khamis lalu.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan antara               kedua-dua pihak menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman           sosial.  -Bernama

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung