Nuffnang

Wednesday, December 7, 2016

Dahsyat !!! Khalwat: Seorang Anggota Polis Maut, Seorang Lagi Cedera Parah Elak Ditahan



  
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis terkorban, manakala seorang lagi cedera parah ketika cuba mengelak ditahan dalam operasi cegah maksiat di dua lokasi berasingan, awal pagi Selasa.
Insiden pertama berlaku apabila anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu sebuah pangsapuri di tingkat empat di Pandan Perdana pada kira-kira pukul 3 pagi dan mendapati seorang wanita sendirian dalam bilik dengan tingkap terbuka.
Sebaik melihat ke luar tingkap itu, pegawai Jais mendapati ada seorang lelaki tertiarap di tingkat bawah pangsapuri itu.
Dipercayai wanita itu mengaku lelaki berkenaan adalah kekasihnya yang telah terjun dari tingkap itu untuk mengelak ditahan Jais kerana kesalahan berkhalwat.
Lelaki berkenaan yang juga anggota polis telah dikejarkan ke Hospital Ampang, bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 6.45 pagi ketika menerima rawatan.
Dalam kejadian kedua, seorang lagi anggota polis cedera parah juga kerana melompat dari pangsapuri di Taman Puchong Perdana.
Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim mengesahkan kejadian berkenaan.
"Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana masih belum menerima laporan penuh kejadian itu," katanya

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung