Nuffnang

Thursday, December 8, 2016

Main Telefon Ketika Dicas, Bayi Maut Terkena Renjatan Elektrik Dari Kabel Pengecas



KAZAKHSTAN: Gara-gara dibiarkan bermain telefon yang sedang dicas oleh ibu bapanya berseorangan, seorang bayi perempuan dilaporkan maut terkena renjata elektirik, lapor DailyMail

Menurut laporan berkenaan, beberapa keping gambar mangsa dalam keadaan melecur teruk telah tersebar di laman sosial di mana katanya gambar itu telah dimuat naik oleh seorang jururawat sebagai amaran akan kepada ibu bapa tentang bahaya mengecas telefon bimbit berhampiran kanak-kanak.

"Jangan tinggalkan bayi anda berhampiran alat pengecas tanpa sebarang pengawasan," kata mereka.

Menurut ibu kanak-kanak malang itu, ketika kejadian itu berlaku dia tertidur berdekatan dengan mangsa yang ketika itu sedang asyik bermain telefon yang sedang dicas.

Beliau yang tidur tiba-tiba tersedar apabila anaknya tidak bunyi bising seperti kebiasaannya, akhirnya apabila diperiksa, beliau ternampak anaknya itu dalam keadaan melecur tidak bernafas.

Panik dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus membalut anaknya dalam selimut sebelum bergegas ke hospital.

Apabila tiba di hospital doktor mengesahkan anaknya itu  telah meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik, berdasarkan kesan terbakar yang boleh dilihat dengan jelas di tangan dan lengan mangsa.

"Kanak-kanak perempuan itu bermain dengan kabel pengecas," kata salah seorang ahli keluarga mangsa. 

"Rupa-rupanya dia letak kabel pengecas dalam mulut dan mengunyahnya," katanya lagi.

Berdasarka laporan mengatakan mangsa bermain dan mengunyah kabel pengecas tersebut sehingga terkoyak balutan getah kabel berkenaan menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik. -

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung