Nuffnang

Friday, December 9, 2016

Perghhh !!! Dahsyat !!! Anak maut didera ayah pada buah zakar


Anak maut didera ayah pada buah zakar
(Kiri) Kane Kennedy dan Oskar Jobey-Kennedy
PRESTON - ENGLAND. Seorang lelaki didapati bersalah membunuh anaknya yang
 berusia tujuh bulan dengan penderaan yang memeranjatkan.
Laporan Metro UK mengatakan Kane Kennedy, 20 memicit, mencubit dan menggenggam
 buah zakar Oskar Jobey-Kennedy sebelum menjolok jari ke dalam tekak mangsa.
Pihak mahkamah diberitahu mangsa meninggal dunia akibat kesukaran bernafas dalam
kejadian antara 30 September dan 1 Oktober tahun lepas tersebut.
Bedah siasat mendapati terdapat 13 tanda penderaan di bahagian leher dan muka mangsa.
Buah zakar mangsa juga mengalami lebam yang teruk.
Sebelum ini, Kane menyalahkan isterinya, Tia Jobey, 19, atas kematian anak mereka.
Juri bagaimanapun tidak mempercayai kenyataan Kane dan siasatan mendapati mangsa
didera kerana Kane gagal memperolehi bekalan kanabis.
Tia bagaimanapun dihukum penjara 30 bulan kerana membenarkan pembunuhan tersebut
berlaku.Mahkamah akan menetapkan hukuman terhadap Kane 15 Disember ini.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung