Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Thursday, December 29, 2016

Subhanallah : Lima kisah ajaib ketika tsunami Aceh

Lima kisah ajaib ketika tsunami Aceh

Lima kisah ajaib ketika tsunami Aceh
Kubah Masjid Al-Tsunami yang hanyut oleh gelombang tsunami Aceh.
PADA tarikh ini, 26 Disember tahun 2004, Aceh dilanda gempa bumi besar, di susuli
dengan bencana tsunami yang telah menyebabkan ratusan ribu terkorban dan akibat daripada
 bencana itu.
Sejak itu, Aceh telah menjadi sebuah tempat yang diibaratkan 'seperti padang jarak padang
tekukur'.Ya kini, 12 tahun peristiwa itu berlalu, namun kisahnya masih meniti di bibir kita


sehingga ke hari ini, ianya telah memotret pelbagai kisah suka dan duka, tidak juga ketinggalan kisah-kisah aneh dan ajaib antaranya lima kisah menakjubkan daripada sejumlah mereka
yang terselamat antaranya, kisah seorang nenek tua yang diselamatkan oleh seekor ular.
Memetik laporan Liputan6.com, melaporkan pada pagi 26 Disember 2004 lalu, Umi Kalsum,
 58, sedang leka dengan aktivitinya iaitu menanam bunga di pekarangan rumahnya di
Kampung Alu Naga, Kabupaten Aceh Besar.
"Namun tiba-tiba bumi bergoyang, beberapa lama selepas gempa orang berlari-larian,
sambil berteriak mengatakan air laut naik.
"Umi juga turut berlari, namun tiba-tiba Umi merasakan ada air menghempas badan, lantas
Umi terus tidak sedarkan diri kerana dibawa arus kuat tsunami," tuturnya dalam bahasa Aceh.
Ujarnya lagi, dia sedarkan diri apabila ia tersekat di sebuah jambatan  iaitu di jambatan Kajhu,
 dan di situlah katanya ada keajaiban berlaku, iaitu ada bersamanya adalah seekor ular.
"Subhanallah mulut ular itu di hadapan saya, tubuh saya dililitnya," katanya lagi.
Katanya, perkiraan awal dia merasakan ular itu hanyalah sebatang  pohon pisang.
"Warnanya berceloreng, sampai di jambatan itu saya sudah sedar, dan apabila melihat kepala
 ular itu, saya cuma katakan selamatkan saya ke darat," kenangnya lagi.
Katanya lagi, ular itu sebesar tiang elektrik, dan 'membebaskannya' selepas dia menghampiri
kawasan tanah.
"Ditarik badan saya daripada lilitannya, tiba-tiba ular itu melepaskan saya dengan meluruskan tubuhnya, dan pergi entah ke mana," ujar Umi.
Kisah kedua pula memaparkan kisah, si Martunis yang dikenali sebagai kanak-kanak ajaib.
Pagi itu, Martunis sedang bermain bola sepak di belakang rumahnya, sedang asyik bermain
tiba-tiba gempa kuat berukuran 9.1 skala Richter telah menghentikan dia daripada keseronokan bermain bola sepak.
Martunis 10 tahun lalu
"Selepas itu saya dibawa arus hingga saya pengsan, saya tersedar kembali selepas tersangkut
di pohon bakau di kawasan Deah Raya, Kecamatan Syiah Kuala.
"Semuanya rata, saya tak tahu di mana letaknya  kampung saya, yang nampak hanyalah bergelimpangan  mayat-mayat," kenang Martunis.
Martunis yang telah bertahan selama 21 hari di atas pohon itu  dengan 'ditemani' gelimpang
 mayat di sana-sini.
"Untuk bertahan hidup saya memungut makanan dan air mineral yang terseret oleh gelombang tsunami," katanya lagi.
Pada hari ke-21, dua lelaki yang sedang mencari keluarganya di kawasan tersebut menemui
Martunis. Lantas, Martunis diserahkan kepada wartawan Sky News yang ketika  itu sedang
membuat liputan  bencana tsunami di kawasan Deah Raya.
Nina Delfina dengan basikalnya yang digunakannya ketika kejadian tsunami Aceh pada 26 Desember 2004.
Manakala kisah ketiga pula mengisahkan bagaimana adik beradik Noni Delfina (kakak) dan
 Nina Delfina yang terselamat selepas meninggalkan rumah mereka tatkala tsunami masih
belum menghampiri kawasan rumah mereka.
"Kami keluar dari rumah bersama, tapi kami terpisah apabila aku (Nina) menumpang motosikal untuk turun ke jalan , manakala Noni memilih pergi dengan basikalnya," kata Nina
Namun tak semena-mena  gelombang tsunami datang menghempas kami jua, saya (Nina)
diseret ke sebuah bangunan.
"Saya berdoa dan terus berenang ke kawasan berbukit, alhamdulillah saya akhirnya terselamat,"
 kata Nina yang bagaimanapun tidak menuturkan kisah bagaimana adiknya Noni terselamat.
Dalam pada itu, kisah keempat pula mengisahkan bagaimana selepas 10 tahun menghilang
akhirnya ditemui.
Fanisa berbaju hijau, duduk selepas kembali ke Aceh.
Fanisa Rizkiam, merupakan salah seorang yang terselamat daripada tsunami, ketika kejadian
 Fanisa masih berumur lima tahun, namun dek kerana bencana itu dia telah terpisah daripada
 orang tua dan keluarganya.
Tanpa dapat mengingati kejadiannya, Fanisa kemudian tinggal dan menjadi pekerja di Malaysia.
Keberadaan Fanisa diketahui setelah Pemerintah Aceh mendapat maklumat daripada Jabatan
 Pekerja Indonesia di Malaysia, bahawa ada anak di bawah umur yang berasal dari Aceh yang
bekerja di  Malaysia.
"Setelah di selusuri ternyata Fanisa merupakan anak mangsa tsunami," ujar Ketua Dinas
Sosial Aceh Bukhari, ketika tiba di Lapangan Terbang,  Sultan Iskandar Muda, Blang Bintang,
Aceh Besar, Jumaat lalu tatkala menunggu Fanisa bersama keluarganya.
Manakala kisah terakhir pula adalah bagaimana sebuah kubah masjid yang hanyut dek kerana tsunami berjaya menjadi kapal penyelamat.
Kubah yang kini dikenali sebagai nama Masjid al-Tsunami ini dulu merupakan kubah masjid
 Jamik di Desa Lamteungoh, Peukan Bada, Aceh Besar.
Ketika gelombang tsunami  'menerjah' Aceh 2004 lalu, seluruh bangunan masjid rosak dan
hanya menyisakan kubah masjid berdiameter 4x4 meter. Kubah itu dibawa arus gelombang
sejauh lima kilometer dan terdampar di Desa Gurah.
Sepanjang perjalanannya kubah itu telah menjadi tempat berpaut bagi mangsa tsunami,
dilaporkan banyak yang terselamat selepas mereka berjaya berpaut pada kubah itu.
Ketika kubah itu ditemui selepas tsunami, penduduk berjaya menemui beberapa kitab
 suci al-Quran yang melekat di kubah berkenaan.
Kitab suci yang terendam air itu kini telah dihancurkan dan disimpan dalam sebuah botol
kaca khas.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung