Nuffnang

Saturday, December 24, 2016

Wanita Masak Bunga Ros Untuk 'Abadi' Lamaran Kahwin


Wanita Masak Bunga Ros Untuk 'Abadi' Lamaran Kahwin



-foto Sina.com.cn
  (Ubah saiz teks)
BEIJING: Demi mempertahankan saat-saat manis dilamar teman lelaki, seorang wanita di timur China telah menghasilkan sirap manis sendiri menggunakan 99 kuntum bunga ros yang dihadiahkan kepadanya ketika lamaran itu dibuat, lapor media Cina.

Wanita di Hangzhou, wilayah Zhejiang itu menerima lamaran perkahwinan pada 9 Disember, tetapi mahu menyimpan memori indah itu lebih lama selepas melihat beberapa bunga kuntum bunga menjadi layu.

Beliau memetik kelopak-kelopak bunga tersebut, mencucinya dan kemudian memasaknya bersama gula dan air, lapor Qianjiang Evening News.

Wanita itu, yang nama penuhnya tidak diberikan, juga berharap dapat menggunakan bunga itu untuk membuat penkek bunga ros sendiri, snek popular di wilayah Yunnan di China, menurut laporan itu.

Ibunya kemudian mempersoalkan sama ada bunga ros itu boleh dimakan dan beliau mengalihkan pertanyaan itu ke media sosial untuk mendapatkan nasihat.

Akaun beliau telah dibanjiri dengan komen, pujian dan ada juga menjadikan tindakan beliau itu sebagai bahan jenaka.

Laporan itu memetik pakar sebagai berkata bahawa mawar tidak boleh dimakan mentah kerana ia mungkin mengandungi racun perosak. -South China Morning Post

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung