Mandul, suami suoilyla isteri dengan kayu pencanai 40 cm
UTTARAKHAND, INDIA - Kejamnya seorang lelaki yang tergamak memasukkan
kayu pencanai ke dalam dubur isterinya yang didakwa mandul dalam
kejadian 25 Disember 2016.
Tiga hari sebelum itu, lelaki itu telah menyeksa isterinya kerana berang
mangsa mandul dan mengugut bunuh jika mangsa memberitahu kejadian itu
kepada sesiapa.
Mangsa yang berusia 38 tahun itu hampir maut, dimasukkan ke Hospital
Kolej Perubatan Kerajaan Dr Sushila Tiwari di Haldwani, Uttarakhand,
utara India selepas mengadu sakit perut teruk.
Pasangan suami isteri yang berasal dari Nepal itu datang ke hospital
bersama-sama selepas mangsa mengadu sakit perut selama beberapa hari.
Ujian X-ray yang dilakukan tidak menemui sebarang kesan kecederaan di
dalam perut mangsa. Mangsa kemudian dibedah oleh lima orang doktor dan
terkejut menemui kayu pencanai sepanjang 40 sentimeter di dalam usus
mangsa.
"Kami benar-benar terkejut dan tak menyangka kejadian seperti ini boleh
berlaku. Kami hanya dapat melihat bayang-bayang objek ini sahaja dalam
x-ray kerana kayu tidak dapat diimbas.
No comments:
Post a Comment