Nuffnang

Wednesday, January 11, 2017

MPV Terjunam, Enam Kanak-Kanak Antara Sembilan Mangsa Terkorban










MEDAN, Indonesia: Enam beradik berusia sembilan bulan hingga 12 tahun antara sembilan yang terkorban selepas kenderaan yang mereka naiki terjunam ke dalam sebuah kolam di Desa Tanjung di sini semalam.
Dalam kemalangan pada pukul 4.30 petang itu, 12 sekeluarga berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Bakkara ke Desa Tualang untuk menyambut tahun baru di rumah saudara mereka.
Bagaimanapun ketika tiba di lokasi nahas, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dipandu Lamsir Banjarnahor, 32, terjunam ke dalam kolam di tepi jalan tersebut akibat hujan lebat.


 Gambar 12 sekeluarga yang dilaporkan dirakam sebelum nahas.

Ketua Polis Daerah Dairi, Kobul Syahrin Ritonga berkata, tiga daripada 12 mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam dan hanya mengalami kecderaan ringgan manakala selebihnya meninggal dunia kerana lemas.
Mereka yang terkorban ialah Joya Banjarnahor (9 bulan), Ardino Banjarnahor (13), Renuenti Banjarnahor (12), Pranata Banjarnahor (4), Pani Banjarnahr (5), Purida Turnip (30), Endang (35) serta pemandu MPV tersebut.
Kesemua mayat telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengkebumian.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung