Nuffnang

Friday, January 27, 2017

TAHNIAH : Balasan untuk pemandu teksi berhati mulia


Balasan untuk pemandu teksi berhati mulia
Trent Shields (kiri) bersama Reggie Cabututan (tengah) - Foto Facebook Trent Shields 
MANILA - FILIPINA. Tindakan seorang pemandu teksi di Filipina mengembalikan semula barangan berharga seorang ahli perniagaan yang tertinggal di dalam teksinya menerima ganjaran yang merubah hidup dan keluarganya.
Reggie Cabutatan, 30, dari Baguio ditawarkan menyambung pelajaran serta bekerja di syarikat Australia milik ahli perniagaan tersebut.
"Apa yang saya lakukan hanyalah mengembalikan barangan itu setelah menyedari ia tertinggal di dalam teksi," katanya kepada media tempatan.
Kejujuran itu bukan sahaja menarik perhatian di negaranya itu tetapi di seluruh dunia.
Ahli perniagaan Australia, Trent Shields berkata, Reggie mengembalikan semula komputer riba, pasport dan fon kepala yang bernilai ribuan dolar ketika dia lupa mengambilnya kerana tidak sihat semasa menaiki teksi lelaki itu.
"Reggie tidak mengetahui nilai barangan tersebut, beg pakaian tersebut dikunci dan pastinya dia tidak kisah jika ia mengandungi jutaan dolar atau ianya kosong.
"Ia menunjukkan integiritnya," tulis Trent dalam laman Facebooknya.
Kebaikan lelaki itu turut diceritakan rakan kongsi Trent, Ace Estranda di laman Facebooknya dimana ia turut menjadi perhatian dan digambarkan sebagai simbol maruah terhadap negara.
Reggie dan keluarganya akan ke Australia  untuk melengkapkan kursus pembangunan perisian selama enam bulan yang dijalankan oleh salah satu syarikat milik Trent.
"Selepas Reggie menamatkan kursus tersebut, dia akan ditawarkan untuk menjalankan latihan amali dengan syarikat milik lelaki itu, mendapat perkerjaan dan pastinya akan dibayar gaji yang lumayan," tulis Estrada di laman Facebooknya.
Selain itu, Reggie turut menerima anugerah di atas kejujurannya oleh kerajaan tempata Baguio, lapor Rappler.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung