Nuffnang

Tuesday, April 11, 2017

Cisss !! Setelah Kena Gasak Baru Nanyang Siang Pau mohon maaf hina Abdul Hadi

Nanyang Siang Pau mohon maaf hina Abdul Hadi
Hadi Awang
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau hari ini memohon maaf kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penyiaran kartun yang dianggap menghina kedua-dua pemimpin itu.
Akhbar itu dalam satu kenyataan berkata mereka memohon maaf dan mengakui penyiaran kartun itu adalah tidak wajar untuk tatapan umum.
"Pihak kami juga telah menarik balik kartun sama yang disiarkan di laman berita Nanyang Siang Pau, iaitu eNanyang.my," menurut kenyataan itu.
Pada 8 April lalu, akhbar berkenaan menyiarkan sebuah kartun di portal mereka, yang menggambarkan seekor monyet memakai songkok dan dilabelkan sebagai ‘speaker’ manakala seekor lagi monyet memakai serban dan diberi label ‘Hadi Awang’.
Kedua-dua monyet berkenaan digambarkan sedang bertenggek di atas dahan sebuah pokok yang diberi label 'Akta 355'. - Bernama

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung