Nuffnang

Sunday, April 30, 2017

Perghhh Anjing 'Selamatkan' Peniaga Dari Tedung Selar 4 Meter



image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/06/26/15/17/tedung.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

- Gambar hiasan
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Bunyi salakan anjing yang gamat telah menyelamatkan sepasang suami isteri pemilik kedai buah yang menyedari kehadiran ular tedung selar sepanjang empat meter di bawah rak buah kedai mereka di Kampung Melayu, Batu Arang di Selangor malam Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang Yazli Yahya berkata pasangan suami isteri berusia 50-an itu berasa hairan apabila anjing peliharaan mereka membuat bising luar biasa berhampiran rak buah yang terletak di belakang kedai pada kira-kira pukul 7 malam.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2017/04/29/anjing-selamatkan-peniaga-ular/~/media/47ee87a9b9c1490faa5c736f14805a5a.ashx?la=en

-fotoBERNAMA
"Setelah mereka memeriksa kawasan rak buah itu, mereka tergamam apabila menemui seekor ular tedung selar yang besar dan berukuran sepanjang 13 kaki (4 meter).
"Kami segera mengerahkan seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.13 malam dan tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Yazli berkata pasukan bomba berjaya menangkap haiwan reptilia berbisa berkenaan menggunakan alat penjerut ular dalam masa kurang dari tiga minit.
"Ular itu dipercayai datang dari hutan simpan berhampiran," katanya.
Beliau berkata ular berkenaan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang sebelum dilepaskan ke Hutan Simpan Batu Arang yang terletak jauh dari kawasan perumahan.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung