Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, May 9, 2017

Perghhh !!! Padah swafoto dengan tapak sulaiman

Padah swafoto dengan tapak sulaiman
Padah swafoto dengan tapak sulaiman
Foto pelancong Thailand yang mendapat kecaman.
BANGKOK - THAILAND. Seorang pemandu pelancong tempatan di Trang didenda BT500 (RM63) kerana menangkap tapak sulaiman dari laut untuk menghiburkan pelancong selepas foto tersebut  tular di media sosial.
Susulan insiden, agensi berkaitan berjanji untuk meningkatkan pengawasan aktiviti pelancongan untuk mengelakkan kejadian yang sama pada masa akan datang.
Pada Khamis, foto seorang pelancong Thailand memengang tapak sulaiaman yang diambil dari laut mendapat kritikan meluas.
Ketua Taman Negara Chao Mai, Manoj Wongsureerat berkata, pemandu pelancong yang menangkap tapak sulaiman berkenaan telah ditahan dan didenda BT 500 (RM63).
"Kami mempunyai peraturan ketat ke atas pelancong di kawasan taman negara dan ini adalah kes yang jarang berlaku membabitkan pemadu pelandong melanggar peraturan dan menangkap haiwan marin untuk menghiburkan pelancong.
"Taman ini akan meningkatkan pemantauan aktiviti pelancongan di taman untuk memastikan tiada kejadian seperti ini berlaku lagi pada masa akan datang," kata Manoj dipetik Asia News Network.
Sementara itu, Pengarah Pemulihan Sumber Marin, wilayah Trang, Prachuap Mokarat berkata, jabatan sumber marin dan pantai akan mengukuhkan pengawasan peniagaan pelancongan dan cuba  untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat untuk melindungi sumber marin
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung