Nuffnang

Tuesday, July 4, 2017

Perghh Akhirnya !!! Lelaki Cabul ‘Awek Shell’ Mohon Maaf





Salah satu gambar kurang sopan membabitkan model Shell pada poster tular di media sosial.

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang mengaku sebagai salah seorang yang 'mencabul' model wanita pada posternya di stesen minyak tampil memohon maaf di atas tindakannya yang keterlaluan itu.
“Kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali pun... saya memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang saya buat dan saya sedar yang saya salah kerana bersikap tidak elok pada patung #gadisShell tersebut.
“Kepada keluarga #gadisShell, saya memohon ampun maaf zahir dan batin pada bulan yang mulia ini,” katanya menerusi paparan skrin akaun Instagram ‘_nasrulazmi’ yang dikongsikan di Facebook Mualim Mohd Fadhli pada Ahad.
Bagaimanapun, mStar Online cuba mencari akaun instagram tersebut namun ia kini tidak lagi aktif atau berkemungkinan sudah bertukar nama.
Pengguna Facebook yang berkongsi permohonan maaf  lelaki yang dikenali dengan nama ‘Nasrul Azmi’ itu adalah Mohd Fadhli Othman seorang aktivis Pertubuhan Ikram Malaysia, sebuah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap kehidupan masyarakat termasuk menangani isu pornografi.


Permohonan maaf yang dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya mencabul 'model Shell' pada poster di stesen minyak berkenaan.

Menurut Nasrul Azmi, beliau berterima kasih di atas kecaman orang ramai berhubung sikapnya itu kerana ia telah membuatkan dirinya insaf.
“Semoga Allah dan kamu semua memaafkan kesilapan saya. Terima kasih atas kecaman yang membuatkan saya sedar.
“Sekali lagi, saya Nasrul Azmi memohon maaf kepada semua, harap perkara ini tidak diperbesarkan lagi. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin,” katanya.
Pada Ahad, mStar Online melaporkan model pada poster berkenaan, Nor Shafila Khairusalleh, 25, kesal dengan tindakan sekumpulan lelaki mencium dan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar.
Walaupun ia hanya dilakukan pada papan poster dirinya, gambar-gambar yang menjadi tular itu telah mengundang kemarahan netizen kerana menganggap ia satu bentuk pencabulan, walaupun tidak dilakukan pada empuya diri sebenar.
Nor Shafila mula dikenali selepas papan posternya bersaiz separuh badan sedang memegang air mineral tular di media sosial.
Tidak lama kemudian, Nor Shafila 'muncul' sekali lagi dengan papan poster bersaiz badan penuh manusia mempromosikan bahan api Shell yang mempunyai Dynaflex

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung