Selepas digantung, TMJ minum kopi dengan Dollah
Gambar yang menunjukkan mereka duduk bersama dengan kapsyen ‘DYAM Tunku Mahkota Johor 'minum kopi' bersama Dollah Salleh’ tidak disertakan maklumat lanjut.
Ia turut dikongsi lebih 800 pengguna Facebook sejak ia dimuat naik.
Selain itu, menarik perhatian ramai peminat bola sepak tempatan memandangkan Dollah sebelum ini digantung 18 bulan dan denda RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik pengadil selepas pertemuan Pahang menentang Felda United, 1 Julai lalu.
No comments:
Post a Comment