Nuffnang

Tuesday, August 15, 2017

Pergg!!! HP Mahal Simpan telefon bawah bantal Sahaja

Simpan telefon bawah bantal


Simpan telefon bawah bantal
Penduduk Kampung Kolam, Chetok terpaksa keluar dari rumah untuk mendapatkan talian telefon setiap kali mahu menghubungi ahli keluarganya. 
PASIR MAS - Lebih 500 penduduk di Kampung Kolam, Chetok dekat sini, terpaksa menyimpan telefon pintar mereka berharga ratusan ringgit di bawah bantal gara-gara masalah liputan rangkaian selular di kawasan berkenaan berada pada tahap lemah.
Masalah tersebut berlarutan sejak bertahun-tahun lalu memaksa penduduk terpaksa keluar dari rumah dan ke kampung sebelah untuk mencari liputan talian bagi memudahkan perhubungan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Bujuk, Muhammad Che Man berkata, masalah tersebut sudah diajukan kepada pihak berkenaan, namun tiada sebarang maklum balas diberikan.
“Sudah masuk tiga kali, penduduk kampung mengemukakan permohonan untuk mendapatkan sebuah pencawang, namun sehingga ini masih belum membuahkan hasil.
“Setiap aduan yang dibuat dipandang sepi oleh pihak berkenaan.
“Keadaan itu membuatkan kami berdepan dengan masalah yang cukup besar untuk berhubung antara satu sama lain.
“Lebih-lebih lagi ketika berlakunya kecemasan dan itulah keperitan yang terpaksa diharungi kami,” katanya.
Menurutnya, beliau berharap pihak berkenaan dapat memberikan jawapan segera terhadap permohonan yang dikemukakan sebelum ini.
Katanya, dalam permohonan tersebut penduduk kampung sudah mengemukakan kawasan untuk dijadikan sebagai tapak pembinaan pencawang itu.
“Tapak yang kami sediakan ini lebih tinggi dan bebas dari kawasan banjir,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Che Mansor Che Mahmood, 54, berkata, setiap kali anaknya pulang ke kampung menaiki kenderaan awam, dia terpaksa keluar awal pagi untuk mengambilnya.
Katanya, dia terpaksa berbuat demikian kerana berdepan kesukaran untuk menghubungi anaknya itu.
“Untuk elak berdepan masalah, saya ambil keputusan keluar awal.
“Hanya itu saja pilihan yang saya ada dan situasi itu terus berulang sehingga hari ini daripada anak-anak belajar universiti sehinggalah bekerja dan ada keluarga,” katanya.
Ibrahim Namad, 57, pula berkata, dia sudah tidak tahan untuk berdepan dengan situasi berkenaan.
“Tiada ada gunanya kami ada telefon mahal jika rangkaian lemah di kawasan ini.
“Paling sedih bila kemudahan WhatsApp dan Facebook langsung tak boleh digunakan sedangkan itu cara kami berhubung,” katanya
Menurutnya, setiap kali hari raya dan cuti sekolah anak-anak cucu mereka terpaksa berdepan dengan banyak masalah apabila pulang ke kampung kerana ketiadaan liputan rangkaian selular di kawasan ini.
Katanya, pada zaman serba moden sekarang dengan masalah yang dihadapi menyebabkan penduduk di sini seperti terpinggir.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung