SEORANG wanita yang pulang daripada percutian mengeliling Asia terkejut apabila rumahnya kini menjadi kebun ganja.
Tanya Laverty yang suatu ketika dahulu mengusahakan dapur masakan untuk gelandangan menyewakan kediamannya di Wavertee kepada sebuah keluarga setelah dia pergi mengembara bersama teman lelakinya.
Tidak lama selepas itu, dia tidak menerima sebarang bayaran sewa menyebabkan dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.
Dia mengambil keputusan untuk mengambil penerbangan dan pulang ke rumah setelah teman lelaki ibunya mendapati terdapat alatan menghisap ganja di kawasan tangga rumah berkenaan.
"Saya sangat terkejut dan takut, ketika saya buka pintu, saya lihat rumah saya dipenuhi pokok ganja.
"Saya takut untuk naik ke atas, saya hanya mampu menangis apabila tengok rumah saya dipenuhi tanaman itu," katanya kepada Echo.
Menurut Tanya, dia percaya terdapat hampir 200 pokok ganja di dalam rumahnya yang berpotensi memberi keuntungan sehingga £800,000 (RM4.4 juta) setahun kepada pemiliknya.
Dia menyewakan rumah itu kepada sebuah keluarga dari Korea Selatan lewat September lalu.Lebih malang, dia bukan sahaja tidak memerima bayaran sewa, malah kini terpaksa menanggung kos untuk baik pulih rumahnya.
"Senangnya untuk jadi gelandangan. Sampai hati mereka gunakan rumah saya untuk buat jenayah sehingga rosak sampai macam ni.
"Dulu saya tolong memasak untuk gelandangan, sekarang ni mungkin saya pula yang jadi gelandangan," luah Tanya.
Malah, Tanya kini sedang memohon bantuan dari mana-mana pihak yang sudi untuk membaiki semula rumahnya.
"Saya tahu akan ada orang akan tolong, sebab sebelum ini saya salah seorang daripada golongan yang suka tolong orang," katanya lagi.
Dalam pada itu, pihak polis Merseyside turut menyerbu kediaman itu setelah satu laporan difailkan oleh Tanya.
Bukan sahaja bahagian bawah malah tingkat atas rumahnya juga dipenuhi dengan tanaman itu.

No comments:
Post a Comment