Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Friday, May 4, 2018

Tedia !!! 120 “Kita tiada ‘private jet’, naik kapal terbang murah” - Abdul Hadi




Abdul Hadi (tengah) bersama rombongannya di dalam pesawat. Foto Facebook Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seolah-olah 'menyindir' Tun Dr Mahathir Mohamad, apabila mengatakan bahawa adalah lebih selamat untuk terbang dengan syarikat penerbangan tambang rendah berbanding jet peribadi.
Pada Jumaat lalu, pengerusi Pakatan Harapan itu mendakwa bahawa pesawat peribadi yang dinaiki beliau untuk ke Langkawi disabotaj bagi menghalangnya untuk memfailkan borang pencalonannya.
Abdul Hadi menerusi posting di halaman Facebooknya Khamis menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai jet peribadi.
"Kita tiada ‘private jet’ (jet peribadi), naik kapal terbang murah bersama rakyat marhaen. InsyaAllah lebih selamat dijamin tidak dibocor tayar," katanya.
Abdul Hadi turut berkongsi gambar-gambar beliau bersama rombongannya melalui tarmac di lapangan terbang untuk menaiki pesawat.
Beliau turut dilihat duduk bersama anggota kumpulannya di dalam pesawat.
Dr Mahathir berpendapat bahawa terdapat cubaan untuk menghalangnya daripada terbang ke Langkawi sebelum Hari Penamaan Calon, walaupun disiasat oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan syarikat pemilik jet, VistaJet yang menjelaskan bahawa tiada unsur sabotaj.
Pengerusi CAAM, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu tidak dapat beroperasi kerana terdapat masalah teknikal kecil dan rutin, iaitu kebocoran udara di roda bahagian hidung pesawat itu.
Dr Mahathir disiasat kerana didakwa menyebarkan berita palsu mengenai dakwaannya berhubung pesawat yang disewa beliau disabotaj.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan dijalankan selepas laporan polis dibuat terhadap Dr Mahathir.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung