(Ubah saiz teks)
TEMERLOH: Ikon fesyen, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) walaupun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu kerap dilihat menghadiri program-program yang dihadiri oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penyertaannya dalam parti itu diumumkan Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar yang juga Pengerusi kempen keanggotaan parti itu sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Ketiga Amanah yang berlangsung di Dewan Tun Razak pada Sabtu.
Turut diumumkan menyertai parti itu termasuk tokoh pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz.
Sementara itu Wak Doyok,39, yang berasal dari Klang, Selangor berkata dia sebelum ini merupakan anggota parti PAS sejak 1997 lagi.
"Namun saya mula berminat menyertai menyertai Amanah setelah melihat ia lebih terbuka dan memperjuangkan konsep Islam untuk semua sehingga ramai golongan profesional sama ada Melayu dan bukan Melayu menyertainya,” katanya ketika ditemui Bernama.
Menurutnya menerusi penglibatan di dalam parti itu, beliau berharap dapat memperjuangkan kebajikan ekonomi golongan belia sesuai dengan perlantikannya sebagai ikon Majlis Tindakan Ekonomi Belia Malaysia sebelum ini
No comments:
Post a Comment