Nuffnang

Tuesday, October 23, 2018

Fuhhh !!! Siang ambil dadah, malam mengajar al-Quran sebelum akhirnya ‘tawar hati’


?w=620&h=413&crop=1&/
A (kiri) bersama mereka yang kini meniti perjalanan untuk istiqamah berubah menjadi insan lebih baik. - Sinar Harian
  (Ubah saiz teks)
KUALA BERANG: Mungkin ada yang anggap ia senario yang kurang munasabah apabila ada seorang penagih dadah mengambil dadah di siang hari, sebaliknya mengajar al-Quran waktu malam.
Namun itulah antara pengalaman seorang bekas penagih dadah dikenali sebagai A, 39, yang benar-benar percaya al-Quran bukan sekadar kalam suci tetapi sebagai pedoman dan panduan dalam hidup.
Menurutnya yang berasal dari Selangor, pengalamannya belajar di sekolah pondok membolehkan dia dapat membaca al-Quran apatah lagi ayahnya merupakan seorang ustaz.
"Saya mencuba barang terlarang itu sejak usia 14 tahun sewaktu belajar di sekolah pondok dan kerana dadah, saya dibuang dari madrasah selain pernah juga dipenjarakan atas kesalahan berkaitan dadah.
"Setelah lalui pelbagai pengalaman hidup dan bertukar-tukar kerja, pada 2016, saya kerja sebagai tukang baiki jam tangan dengan seorang tauke. Waktu itulah, sebelah malam saya mengajar mengaji.


Gambar hiasan. - FOTO Pixabay
"Walaupun saya seorang penagih dadah tetapi dapat kawal dan ramai yang tidak ketahui cerita siapa saya sebenarnya. Fizikal pula tidaklah kursus seperti seorang penagih dadah.
"Cara ini dapat kaburi mata masyarakat paling penting ialah saya tidak mahu lagi ibu bapa rasa malu dengan jiran tetangga atas kelakuan saya sebelum itu setelah ramai yang tahu saya terlibat dengan dadah," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Tambah anak bongsu daripada lima beradik ini, ayahnya tetap berfikiran positif dan percaya dirinya mampu kembali ke pangkal jalan dengan syarat sentiasa dekatkan diri dengan al-Quran.
Katanya, dia meneruskan dunia penagih dadah serta guru al-Quran itu selama lebih kurang setahun dan lama-kelamaan rasa seperti 'tawar hati' untuk mengambil dadah sehinggalah dia nekad berhenti.
"September tahun lepas, saya datang ke sini dengan sepenuh harapan untuk berubah bersama impian keluarga yang begitu harapkan saya dapat kembali ke landasan betul.
"Kalau tidak kerana kesungguhan ayah dan keyakinannya untuk saya terus dekatkan diri dengan al-Quran, saya tidak tahu macam mana nasib diri saya sekarang ini.
"Ayah selalu pesan jangan tinggal al-Quran kerana rujukan seluruh kehidupan kita ada di dalamnya dan al-Quran adalah pedoman serta panduan hidup," ujarnya. - Sinar Harian

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung