Nuffnang

Friday, October 19, 2018

Tedia!!!!! 'Awan bergulung' undang bahaya


'Awan bergulung' undang bahaya

 'Awan bergulung' undang bahaya
KULIM - Jabatan Meterologi Malaysia menyatakan fenomena awan bergulung yang ditularkan di media sosial sejak pagi tadi adalah disebabkan penumpuan angin di kawasan utara Semenanjung.
Dalam satu maklum balas emel yang dihantar Unit Komunikasi Korporat Jabatan Meterologi Malaysia turut menyatakan awan tersebut juga dikenali sebagai awan rak atau shelf cloud.
"Biasanya awan ini terbentuk semasa kejadian garis badai iaitu garisan ribut petir multisel yang bersaiz sehingga beberapa ratus kilometer.
"Dan ia bergerak serta menyebabkan hujan lebat, angin kencang dan petir,"katanya.
Beliau berkata, kejadian ini juga mempunyai jangka hayat sehingga beberapa jam lamanya.
"Orang ramai yang terlihat awan rak ini dinasihatkan agar tidak berada di kawasan terbuka.
"Mereka juga dinasihatkan berlindung di dalam bangunan yang kukuh, dan jauhi struktur tinggi seperti pokok, tiang elektrik dan lain-lain serta struktur tidak kukuh,"katanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung