Nuffnang

Tuesday, November 27, 2018

Kaitkan orang Islam, Exco 'gelabah' edit semula status FB'

Kaitkan orang Islam, Exco 'gelabah' edit semula status FB'

Kenyataan sebelum dan selepas, V Ganabatirau Veraman.
Kenyataan sebelum dan selepas, V Ganabatirau Veraman.
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Tuduhan melulu Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor V Ganabatirau Veraman yang mengaitakan insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, semalam di dalangi oleh orang Islam 'memakan diri'.
Mana tidaknya, beliau yang juga merupakan Adun Kota Kemuning, itu terpaksa menarik balik kenyataan itu di Facebooknya setelah didakwa netizen cuba mengapikan insiden berkenaan dengan menggunakan isu perkauman.
V Ganabatirau pada awalnya memuat naik status  mendakwa bahawa 'Serangan itu dilakukan oleh kumpulan orang Islam', kemudian membuat 'u turn' dengan mengemas kini statusnya di perenggan berkenaan dengan menyatakan bahawa insiden itu 'didalangi oleh kumpulan gengster'.
Sebelum itu, status V Ganabatirau itu menarik perhatian Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung yang ternyata kesal dengan sikap Adun berkenaan.
Katanya, beliau tidak faham apa tujuan sebenar Adun itu memuat naik kenyataan seumpama itu.
"Apakah tujuan YB V. Ganabatirau menulis; “The attack by a group of Muslims group”.
"Sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama, tindakan YB menulis dan menuduh semberono “Muslim Group” tanpa siasat amat mengecewakan dan boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama," katanya.
Justeru beliau memohon agar orang ramai membuat laporan polis terhadap kenyataan itu agar pihak Polis Diraja Malaysia menyiasat beliau di atas kenyataannya yang tidak bertanggungjawab itu.
"Sahabat semua bertenang dan jangan bertindak melulu. Ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh salam situasi sekarang. Jangan kerana sebilangan kecil yang tak menghormati undang-undang negara, kita menggadaikan keharmonian dan keamanan negara yang kita kecapi selama ini," katanya.

Berhubung insiden kekecohan itu difahamkan berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil.
Video kejadian itu viral dalam media sosial. Turut dilaporkan banyak kenderaan terperangkap dalam kesesakan di sekitar kawasan berkenaan pada waktu puncak pagi semalam.


Berdasarkan fakta, kuil tersebut sepatutnya dipindahkan pada 22 November lalu berdasarkan arahan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2014.
Empat pihak terlibat telah bersetuju memindahkan kuil tersebut dan menyerahkan kembali tapak kuil dalam keadaan kosong kepada pemilik tanah.
Empat pihak terlibat dalam penghakiman berkenaan ialah kerajaan negeri, pemilik tapak kuil berkenaan One City Development Sdn Bhd (One City) serta dua individu yang mendakwa pentadbir kuil tersebut, K. Chellappa dan M. Nagaraju.
Kerajaan negeri turut menyerahkan tanah seluas kira-kira 0.4 hektar (satu ekar) yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi asal kuil.
One City juga menyumbangkan RM1.5 juta kepada pihak kuil sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian.
Bagaimanapun, ada pihak terus menentang usaha memindahkan kuil itu yang dilaporkan telah wujud sejak 1891.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung