Ketika kejadian Alejandro 'Willy' Ramos sedang menyelam untuk menangkap kerang-kerangan di pesisir pantai selatan Peru apabila sebuah kapal kargo terpotong hos udara yang digunakannya untuk bernafas di laut dalam.
Meskipun dia berupaya berenang ke atas permukaan air, perubahan tekanan udara menyebabkan bentuk tubuhnya berubah menyerupai Popeye.
Lelaki berusia 56 tahun itu berkata dia kini menanggung kesakitan di pinggul dan dada yang berterusan ketika bernafas.
Willy memberitahu akhbar El Nacional bahawa dia mengikut jejak langkah bapanya sebagai nelayan, 30 tahun lalu.
Jelasnya, pada waktu itu nelayan perlu menyelam pada kedalaman 50 kaki untuk menangkap kerang-kerangan.
Ketika kejadian empat tahun lalu, Willy berada pada kedalaman 100 kaki dibawah laut ketika manakala seorang rakan dan anak lelakinya berada di atas bot membantu menyalurkan oksigen kepadanya.
Lengan Willy turut mengembang.
"Sebuah kapal kargo tiba-tiba lalu dan terpotong hos oksigen. Saya
tahu saya perlu naik ke atas dengan segera kerana saya mula sukar
bernafas."Saya paksa diri naik ke atas dengan berenang seperti peluru. Saya mula kehilangan deria saya. Saya buka mata dan segalanya kabur.
Hos yang terpotong itu merupakan satu-satunya kaedah Willy mendapatkan oksigen dan dia tidak boleh bernafas.
Willy terselamat tetapi badannya mengembang dan berat badannya kini bertambah 30 kilogram.
"Saya menjadi tertekan dan saya hampir membunuh diri," katanya.
Mary, kakak kepada Willy berkata:"Orang ramai bertanya mengenai tubuh badannya, begitu juga kanak-kanak.
"Mereka datang dan sentuh lengannya yang mengembang. Mereka ketawa dan kata dia kelihatan seperti Popeye.
Apabila gelembung nitrogen terbentuk dalam darah dan tisu badan, ia boleh menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai penyakit penyahmampatan atau dekompresi. - The Mirror
No comments:
Post a Comment