Dah lah kena pecat, dapat pula RM119 juta
Sudahlah kehilangan kerja, masa depan juga pasti belum terjamin.
Namun, berlainan pula halnya dengan Jose Mourinho.
Selepas dipecat Manchester United, Mourinho dirakam lensa kamera sedang tersenyum ketika meninggalkan padang latihan Red Devils di Carrington.
Mourinho dilaporkan menerima pampasan berjumlah £22.5 juta (RM119 juta) daripada kelab gergasi Inggeris tersebut, yang mempamerkan corak membosankan dibawah kendalian beliau.
Tahun lalu, Chelsea membayar Jose Mourinho dan kakitangannya sebanyak £8.3 juta (RM45.1 juta) susulan pemecatannya, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang dibayar kepada pengendali dari Portugal dan penolongnya sebanyak £31.4 juta pound (RM170.69 juta) sejak 2007.
Mourinho dipecat oleh pemilik The Blues, Roman Abramovich pada Disember 2015 selepas pasukannya hampir terjerumus ke zon penyongkiran Liga Perdana Inggeris, hanya beberapa bulan selepas muncul juara liga. - Agensi
No comments:
Post a Comment